» » Kanak-kanak berumur 2 tahun mati didera kakak dan abang ipar di Dungun


Luka di bibir, kepala bahagian kiri masih berbalut, kesan parut dan lebam di seluruh badan.

Itu keadaan mayat Nudzirah Nur Safiah Sabaruddin, 2, yang meninggal dunia di Paka dekat sini semalam dipercayai didera oleh ahli keluarga sendiri.

Arwah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka pukul 3.45 petang oleh kakak dan abang iparnya namun disahkan telah meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mayat mangsa

Pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan itu mendapati kesan lebam di badan dan kaki mangsa.

Kanak-kanak itu dikatakan dijaga kakak dan abang iparnya kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.

Gambar yang didakwa sebagai suspek 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah mengesan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .