» » Wanita didakwa pukul pemandu teksi dengan batu sampai mati


Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh pemandu teksi, awal bulan ini.

Tertuduh, Nur Ziatun Che Jamil, 23, hanya mengangguk sambil menjawab 'saya faham' sebaik kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan Nur Ziatun didakwa membunuh Othman Arshad, 66, di Kampung Bubur, Mukim Kedawang di sini, antara 2 petang 1 September hingga 4.45 petang 6 September lalu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Majistret Nurshahida menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula dan menerima laporan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh oleh pihak pendakwaan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis mengesahkan mayat pemandu teksi yang ditemui dalam rumah Kampung Bubur, Mukim Kedawang di sini, adalah mangsa bunuh.

Suspek mengaku memukul mangsa sebanyak lima kali menggunakan batu bata sebelum melarikan diri kerana ketakutan.

Motif kes ini adalah disebabkan perselisihan ekoran rasa tidak puas hati suspek terhadap si mati.

Ini merupakan kes pembunuhan pertama yang berlaku di Langkawi sejak 10 tahun lalu selepas seorang penganggur membunuh dua orang wanita warga Thailand pada tahun 2006.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .