Seorang ulama tua Afghanistan ditangkap selepas berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun - kes terbaharu peningkatan jumlah perkahwinan kanak-kanak di negara yang bergolak itu.
Mohammad Karim yang dikatakan berusia sekitar 60 tahun, ditahan di wilayah Ghor dan mendakwa gadis itu adalah sebagai "persembahan agama" daripada ibu bapanya.
Sebaliknya, keluarga gadis itu yang dikatakan terkejut, menyatakan gadis itu diculik dari wilayah Herat barat, bersempadan dengan Iran.
"Gadis ini tidak bercakap, sebaliknya hanya berulang kali berkata satu perkara:
'Saya takut dengan lelaki ini'," kata ketua jabatan hal ehwal wanita, Masoom Anwari, di Ghor.
Gadis itu kini berada di pusat perlindungan wanita di Ghor dan ibu bapanya dalam perjalanan ke wilayah berkenaan, kata pejabat gabenor tempatan.
"Karim kini dipenjarakan dan siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap gabenor, Abdul Hai Khatibi.

Dia ditahan hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 14 tahun yang hamil dibakar keluarga mentuanya hingga mati di Ghor, dalam satu lagi kes mengejutkan di Afghanistan.
No comments: