» » » Hanya mampu makan nasi berlauk minyak goreng sahaja setiap hari


Akibat kesempitan hidup, lapan beranak dari Kampung Belanga Pechah , Langkawi , Kedah , hanya mampu menikmati nasi kosong berlauk minyak goreng sebagai juadah selepas ketua keluarga mereka hilang punca pendapatan apabila sakit.

Ishak Ibrahim, 37, dan isteri, Norazila Berahani, 34, serta enam anak mereka berusia antara 26 hari dan 15 tahun sering menjamah makanan itu berikutan tidak mempunyai wang.

Ishak yang pernah bekerja sebagai buruh kini tidak lagi mampu bekerja selepas disahkan doktor menghidap Hepatitis B selain menderita sakit pinggul dan sakit belakang kronik.


Keadaan semakin terdesak apabila isterinya dalam pantang selepas bersalin anak bongsu mereka pada 24 Ogos lalu.

Anak lelaki sulung Mohd Iqbal, 15, tidak bersekolah sejak pertengahan tahun lalu dan kini mencari tin bekas minuman dan besi buruk untuk dijual dengan pendapatan RM20 sehari bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .