» » » 70 peratus TASKA di Pahang tidak mampu bayar gaji minimum RM1,000


Sebanyak 142 taska atau 69.95 peratus daripada 203 taska berdaftar di Pahang tidak mampu melaksanakan perintah gaji minimum RM1,000 sebulan, yang berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang, Zubaidah Husin berkata, sebanyak 36 taska lagi telah menamatkan operasi mereka disebabkan tidak mampu membayar gaji minimum tersebut.

"Sejak pelaksanaan perintah gaji minimum, hanya 25 taska yang mampu melaksanakannya tetapi mereka terpaksa menanggung kerugian atau hanya untung sedikit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Zubaidah berkata, beliau bimbang lebih banyak lagi taska akan gulung tikar jika situasi itu berlanjutan kerana pihaknya terpaksa menampung pelbagai kos sedangkan purata bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah antara RM350 dan RM400.

Beliau berkata, pihaknya tidak membantah pelaksanaan perintah gaji tersebut kerana ia berpatutan dengan bebanan kerja seorang pengasuh sejak pagi sehingga petang, namun mekanisme lebih sesuai perlu dicari bagi membantu mereka membayar gaji minimum itu. 


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .