» » Atikah Suhaime dakwa akan ambil tindakan penyebaran foto bogel miripnya


Gambar bogel Atikah Suhaime tersebar ?

Pelakon Atikah Suhaime, 25, menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon Idris Khan, 28

Perkara itu dinyatakan pelakon kelahiran Singapura ini apabila ada peminat menyarankan dia untuk membuat laporan polis dalam ruangan komen di laman Instagram miliknya

"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan

Bagaimanapun, pelakon Highland Tower itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp

"Saya tengah belanja raya dengan mak saya," jawabnya ringkas

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Idris pula masih tidak berbalas

Semalam, penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan dua pelakon berkenaan hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu

Gambar bogel Atikah Suhaime tersebar ?

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .