» » Difteria perlukan langkah pencegahan


Empat belas kes difteria atau radang tekak direkodkan, termasuk satu kes terbaru manakala lima kematian difailkan di seluruh negara sehingga 2 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaru membabitkan kanak-kanak lelaki enam tahun yang mula demam pada 26 Jun lalu.

"Tiga hari kemudian pesakit mengalami sawan dan dirujuk ke hospital di Kedah serta dimasukkan ke wad.

"Bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan pada 1 Julai lalu, pesakit memerlukan bantuan peralatan pernafasan.

"Pesakit kemudiannya dirujuk ke pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan ujian makmal mengesahkan kes adalah positif difteria," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, status imunisasi pesakit kanak-kanak terbabit tidak dapat disahkan kerana tiada rekod menunjukkan pengambilan imunisasi.

Pada masa sama, katanya, Johor melaporkan satu kes disyaki difteria membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun dan mempunyai sejarah demam dan sakit tekak.

Katanya, pesakit tidak mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap dan keputusan ujian makmal belum diperoleh.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .