» » » Amerika dijangka sita aset berkaitan skandal 1MDB yang merupakan sitaan terbesar dalam sejarah


Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada Rabu pagi (waktu tempatan).

Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan ini dan sedang cuba mendapatkan reaksi 1MDB.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .