Tan Sri Muhyiddin Yassin berkali-kali menegaskan beliau tidak takut dipecat kerana bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri.
Persoalannya timbul sama ada beliau akan dipecat, lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berjaya disingkirkan kumpulan pro-Najib.
Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan penyertaan Muhyiddin dalam acara Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Najib yang diketuai pengkritik nombor satu Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika itu berlaku, apakah ia dikira jalan buntu kepada masa depan politik Muhyiddin atau suatu permulaan kepada perlawanan baru oleh timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu?
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Muhyiddin mengupas isu ini.
Beliau bagaimanapun enggan “berkalau-kalau” tentang kemungkinan yang bakal berlaku dengan alasan ia hanyalah “andaian”
Berikut sedutan wawancara bersama Muhyiddin di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis:
Malaysiakini: Tan Sri sebelum ini bersumpah dengan nama Allah tak nak jadi perdana menteri. Sekarang sudah mengalah?
Muhyiddin: Saya seorang Islam dan saya percaya segala-galanya ketentuan Allah. Maknanya walaupun kita ada hasrat dan niat dan ada matlamat, segalanya ketentuan Allah, tentukan termasuklah soal masa depan saya, soal apa yang dah berlaku pada saya.
Bagi saya, penting untuk kita melihat situasi dan keadaan pada hari ini. Dan sebagai seorang Islam, pejuang yang telah lama dalam politik, apa yang boleh kita lakukan, untuk menentukan bangsa agama, negara terselamat, lebih-lebih lagi dalam keadaan mencabar pelbagai masalah kita hadapi.
Itu yang lebih banyak masuk dalam pemikiran saya sepanjang masa, bukan soal peribadi dan saya nak jadi apa pada saya tidak pernah terlintas.
Ketika kamu temuramah saya sekarang ini, saya sudah tidak ada jawatan dalam kerajaan. Ada pihak menyatakan kalau saya tidak beri pandangan dan luah kepada perdana menteri, saya mungkin masih kekal sebagai timbalan perdana menteri.
Ia bukan soal apa yang harus saya dapat, tapi apa yang harus saya lakukan sebagai amanah, tanggungjawab pemimpin kebajikan masyarakat dan kesejahteraan rakyat dan negara. Itu yang saya pertimbangkan.
Malaysiakini: Pendapat Tan Sri, Tan Sri nampak lemah kalau tak capai jadi perdana menteri?
Muhyiddin: Saya tak pernah memikirkan perkara itu. Saya tak pernah merencana selepas ini saya mahu ke sana (jadi perdana menteri), walaupun politik macam orang lain ada cita-cita harapan, jangkaan.
Tapi saya sebagai Melayu, Umno matlamat perjuangan saya, bukan jawatan yang saya kejar. Mungkin ramai yang tak fikir begitu tapi itu asas saya.
Amal ibadah yang saya lakukan mesti mendapat pahala pasal kita ada pertimbangan dunia akhirat, syurga neraka, pahala dan dosa. Saya tak pernah fikir begitu sebab dalam politik ini kalau kita dilihat sebagai terlalu ambitious merencana hala tuju kita, kedudukan peribadi kita, saya lihat dalam sejarah politik, mereka tidak akan lama.
Bagi saya tidak apa, ini episod yang terpaksa saya lalui, ada zaman senang , ada zaman susah tapi saya tidak rasa lemah dan saya tabah menjalaninya.

Malaysiakini: Kini jalan ke depan Tan Sri Nampak tersudut, dari seorang TPM, timbalan presiden Umno yang digantung tugas, apa jalan ke depan politik Tan Sri?
Muhyiddin: Apa yang berlaku saya terima dengan reda. Mungkin lepas ini ada yang kata saya boleh dipecat dari Umno.
Tapi itu tak putus semangat juang saya sebab saya berjuang atas dasar hak saya. Mungkin ada yang dengar rasa pahit, tergugat, itu masalah mereka.
Tapi tanggungjawab saya lebih utama walaupun saya terpaksa menanggung kesannya ataupun beban sebab kita tak boleh fikir diri kita sahaja.
Saya jadi ahli hampir Umno 45 tahun. Saya tak berjuang untuk diri saya saja.

Jadi kalau saya terpaksa berkorban dan terkorban saya reda kerana ia adalah perjuangan politik saya. Jadi sebab itu yang lebih penting menjaga kesejahteraan umat, kepentingan rakyat.
Dan saya melihat situasi sekarang, isu yang menyelubungi parti kerana salah laku perkara yang melibatkan perdana menteri, presiden Umno, hal yang buruk, yang disebutkan oleh pihak buruk nama parti dan negara sehingga banyak orang rasa terlalu marah bawa kesan buruk pada parti, saya bimbang kalau tidak ada usaha yang dilakukan, saya bimbang kita akan berhadapan dalam keadaan buruk.

Itu yang lebuh utama saya fikirkan.
Jangan cakap saya buntu, saya tidak pernah buntu, atau laluan saya lebih sempit, itu sebahagian daripada perjuangan dan (ia) bukan kita boleh elak selalu.
Pokoknya adalah kamu yakin apa yang kamu buat itu betul? Dan saya tak pernah terlintas di fikiran saya mengatakan tindakan saya salah.
Adakah tindakan Muhyiddin melanggar hukum-hukum tuhan atau berdosa, ia (jadi) pertimbangan saya. Saya dididik oleh bapa saya sebagai guru agama, jadi latar belakang kukuh dana jiwa saya.

(Ini) bukan soal diri, nafsu tapi apa yang harus kita lakukan untuk kepentingan rakyat.
Malaysiakini: Persoalannya Tan Sri, apa Tan Sri nak buat dalam Umno? Apabila Tan Sri bercakap dalam Umno, orang akan anggap ia beri kesan tak baik pada BN untuk PRU14.
Muhyiddin: Kita tak ada niat nak jatuhkan BN. Saya sebutkan, waktu mana saya orang yang menggesa Pak Lah berundur, kalau masih ingat dan gesa Datuk Seri Najib ambil alih tempat (Pak Lah) dan jadi rekod sejarah.

Dan saya fikir sejarahnya saya terlibat secara langsung.
Sebabnya saya melihat PRU 2008 menjadi trend tak baik sebelum itu. Keputusan PRU tidak mengusai 2/3 parlimen dan sokongan rakyat menurun.

Dan saya lihat penyebabnya kelemahan kepimpinan PM waktu itu.
Kalau tidak ada intervensi dalam perubahan kepimpinan kita kalah. Saya usaha dan tak boleh elak Pak Lah undur dan Datuk Seri Najib ambil alih.

Jadi adakah berubah kerajaan? Tidak, (cuma) ubah kepimpinan.
Modus operandi juga sekarang ini cuma situasi berbeza, orang berbeza. Dan hal yang berlaku dalam parti tidak seperti yang lepas kerana ia diselubungi dengan masalah skandal yang saya fikir tak pernah berlaku dalam sejarah.
Dan sebagai pemimpin Umno saya takut kalau hal ini biarkan begitu saja tak ada intervesi. Dalam modus operandi yang serupa, Umno akan menanggung beban, BN akan kalah.

Bebanan negara, rakyat akan derita dan pelbagai lagi. Tidak ada niat ubah kerajaan tapi kepimpinan.
Bagi saya inisiatif yang wajar. Kalau saya tidak berjawatan, saudara tidak perlu menemuduga saya.

Kerana saya tidak ada jawatan, tak penting, kenapa Malaysiakini nak interview saya?
Kalau suara saya tidak penting, siapa yang nak dengar. Tapi mereka tahu saya berjuang atas landasan yang betul.

Suara saya agak dalam belantara, tak banyak yang dengar, binatang, flora fauna, tapi sekurang-kurangnya ada diberi perhatian.
Dan kami, seperti Mahathir, memberi pandangan yang sama. Saya tidak terfikir ia jauh dari tujuan kita.

Dan ia perlu difahami oleh orang ramai.
Malaysiakini: Orang tanya, nampaknya sebelah Najib lebih ramai dan yang bercakap bagi pihak Tan Sri hanya ketua cawangan sahaja. Itu pun tak ramai.
Muhyiddin: Saya rasa hairan, kadang-kadang terpinga-pinga. Di waktu Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan yang agak buruk seperti ini, ahli Umno tak sedar dan dikhayalkan.

Saya tidak mahu buat tuduhan, (ada) pelbagai imbuhan, mengetepikan soal pokok perjuangan mereka di situ, mengapa mereka di situ? Berjuanglah di landasan yang betul.
Adakah mereka tidak sedar apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib perkara kerosakan.
Adakah mereka tidak sedar kerajaan sedang menanggung beban masalah skandal 1MDB? Saya rasa mereka sedar tapi memikirkan soal peribadi, soal apa yang mereka boleh dapat.

Dan kalau sesiapa yang sanggup beri, apa mereka sanggup mengetepikan perjuangan? Itu yang saya agak hairan.
Tapi waktu sebegini menuntut keberanian yang luar biasa. Dan banyak juga yang fikir, “kalau aku buat begitu aku akan juga dihukum seperti Tan Sri Muhyiddin dihukum”.
Jadi, rasa takut disebabkan dihukum kononnya tak sokong kepimpinan, langgar tatatertib sedangkan itu harus diperjuangkan, mereka harus berjuang atas landasan itu. Mana yang betul perlu ditegur.

Mana yang salah tak perlu diikut. Malangnya tak begitu, saya sangat terkilan apa yang berlaku dalam Umno.
Malaysiakini: Membandingkan keadaan Tan Sri dengan Anwar Ibrahim yang hampir sama, ketika Anwar dipecat orang berkumpul di rumahnya, ramai turun berdemonstrasi. Tapi keadaan Tan Sri agak berbeza. Apa salahnya langkah Tan Sri?
Muhyiddin: Saya dengan Anwar kawan baik, jawatan hampir sama, dalam era berbeza. Dan Anwar dipecat lebih daripada sepuluh tahun.

Umurnya lebih muda dari saya. Saya berada dalam situasi berbeza.
Dulu pimpinan Tun Mahthir, sekarang Najib. Isu yang sana tak sama dengan isu skandal yang dihadapi oleh Najib sendiri.
Minta maaf kalau saya sebut, mungkin Anwar ada masalah peribadinya, saya tidak ada masalah itu. Nak dibanding boleh banding, tapi ada kelainan.

Dan keduanya saya melihat Umno dan BN lebih lemah sekarang berbanding dahulu. Kalau saya sebagai pemimpin nombor dua dan dah disingkir, dan saya buat apa yang Anwar buat seperti reformasi, itu bukan cara saya.
Sedangkan Umno dan BN dalam keadaan cukup lemah dan mungkin tindakan saya tidak bertanggungjawab. Bukan saya tidak boleh ke bahagian, turun ke bawah raih sokongan, dalam diam-diam mereka menyokong saya.

Tetapi kalau saya buat begitu saya dilihat tidak bertanggungjawab.
Dan saya dilihat akan terus melakukan sesuatu memudaratkan Umno dan BN dan akan memudahkan kita kalah dalam PRU akan datang.
Saya tidak ada masalah peribadi, ini masalah politik. Kenyataan media saya ialah kesediaan saya terus berjuang.

Itu cara saya dan tidak boleh dibandingkan Anwar.
Malaysiakini: Apa reaksi penyokong Tan Sri? Dan apa yang mereka mahukan?
Muhyiddin: Ramai yang tidak faham apa yang sedang berlaku, mereka tak tahu. Pasal pimpinan tak beri tahu. Kalau kita ada masalah, waktu lepas, biro penerangan beri penjelasan supaya orang faham.

Tapi kes yang sedang berlaku sekarang ini tidak ada penerangan khusus yang sedang dibuat untuk menjelaskan isu 1MDB. Kes itu berbeza dengan kes lain.
Ia berhubung kait dengan presiden Umno, salah laku dalam 1MDB, ia ada kaitan dengan governance, melanggar undang-undang dan sebagainya. Soal pokok, siapa yang sanggup turun ke bawah?
Jadi ahli Umno dan rakyat umum tak tahu jelas, hanya baca laporanMalaysiakini, TMI, Sarawak Report, The edge, media sosial yang lain. Media prima (utama) tidak melaporkan perkara sebenar dan rakyat dilindungi dari mengetahui hal sebenar. Ini saya lihat perkara sedang berlaku.
Bila saya cakap, mereka kata apa yang Muhyiddin kata ini macam menentang kepimpinan. Pasal saya buat perkara betul dan tidak ada yang cabar.

Bila saya kata pada Sinar dan saya jelaskan dan ramai yang dapat maklumat, tapi kumpulannya kecil. Ini masalah kita hadapi.
Malahan ada kes mahu letak bawah OSA tidak dapat dibincangkan. Ini sesuatu langkah-langkah menghalang rakyat tahu perkara sebenar.
Bagi saya, saya harus cakap dan cakap perkara yang benar, walaupun pahit. Menyatakan yang hak itu pahit. Tetapi dalam keadaan sukar, kena jelaskan perkara sebenar.
Malaysiakini: Penjelasan presiden tidak memadai?
Muhyiddin: Ya, tidak memadai. Saya nak tanya waktu mana presiden menjelaskan?

Kalau saya sendiri tak dapat jawab bila dia turun ke satu negeri kepada satu negeri. Dulu waktu kita ada isu, kita turun, guna platform negara bicara mengenai krisis kewangan.
(Dulu) kita juruskan masalah hidup rakyat, tapi sekarang bila kita buat begitu untuk jelaskan (secara) mendalam?
Pasal bila kita buat begitu, kita nyatakan kelemahan-kelemahan kerajaan dan kepimpinan tak mahu itu dibuat, dan maklumat tak sampai. Jadi perkara itu tak diketahui. Mungkin kalau dibuat, rakyat akan tahu di mana kesalahannya.
Malaysiakini: Tan Sri sebut sedia dipecat dan tak takut dipecat.
Muhyiddin: Saya nak sebutkan begini, kalau boleh saya tak mahu dipecat dan saya sebutkan pada banyak pihak sepatutnya orang terlahir dipecat adalah Muhyuddin Yassin. (Ini) bukan melawak, kerana (dalam) jutaan ahli Umno dan BN, siapakah yang bersuara untuk selamatkan Umno, walaupun dilihat mencabar kepimpinan?

Saya saja, rakan saya Datuk Shafie, Tun Mahathir, Mukhriz. Semua sudah dihukum.
Orang yang bercakap benar untuk menyelamatkan parti telah dihukum. Kalau tak nak dihukum, katalah “bos sentiasa baik”, tak kata boss is wrong. Ini soal semangat juang saya.

Yang berkorban masa tenaga untuk itu, jangan remehkan keahlian saya. Dia tanya, kenapa you buat begini?
Saya kata saya buat bukan nak merosakkan, saya nak selamatkan apa yang tinggal, tapi saya dihukum. Tetapi pemimpin itu yang merosakkan parti.
Kenapa yang nak dibawa ke muka pengadilan itu saya, bukan orang yang telah terbukti bersalah tidak dibawa ke muka pengadilan? Rasional tak?

Orang yang berjuang selamatkan parti dan sedia bercakap dan berdepan tindakan digugurkan, digantung? Dia sepatutnya jadi orang terakhir (kena tindakan).
Malaysiakini: Maksud Tan Sri tiga juta ahli Umno yang diam ini harus dipecat?
Muhyiddin: Bukan begitu maksud saya. Kenapa saya?

Kenapa saya satu-satunya orang yang mahu selamatkan kamu, supaya parti ini kekal sebagai kerajaan, dalam keadaan sedia ada orang kehilangan keyakinan pada Umno... Saya tidak pernah jumpa orang sebegini ramai yang dah tak mahu sokong (Umno).
Family, friend dan di luar sana yang hopeless, apakah itu tidak menakutkan bila parti saya menjunam-junam jatuh. Sebab itu sayaprepared to speak out. It's OK, saya boleh korbankan diri saya dan selamatkan parti.
Tapi saya nak dihukum kerana nak menyelamatkan Umno. Kamu kata secara terbuka, so what?

Terbuka, dalam kabinet atau platform parti saya buat, kenapa MT tidak bijaksana? Ahli kabinet tidak tahu.
Oh, tutup, jangan cakap ada kena mengena dengan bos. Tapi yang penting saya kata kita masih ada kerana sokongan rakyat.
Ahli Umno sebagai alat sahaja, yang penting existence kita, keberadaan kita kerana dukungan rakyat. Jadi saya ambil pertimbangan apa yang rakyat nak jadi, apa yang saya cakap itu dari seseorang dari Umno yang sedia bercakap dan dalam masa sama berdepan masalah dipecat, digantung.
Malaysiakini: Boleh saya kata Tan Sri masih dalam Umno walau ke saat akhir walau tidak ada jawatan? Tak akan ikut jejak langkah Tun Matahir (keluar parti)?
Muhyiddin: Saya masih dalam Umno. Tun Mahathir ada pertimbangan dia, kita hormat. Saya selagi tidak dipecat masih lagi dalam Umno. Lalau nak pecat wallahu'alam.
Malaysiakini: Peribahasa Melayu kata, Tan Sri tak ada jalan, jalan buntu,
melukut di tepi gantang, orang dah tak nak, pipi tersorong-sorong.
Muhyiddin: Saya ada bukan kerana pemimpin atasan. Umno bukan milik Najib.

Ini parti perjuangan kita. Saya ada bukan kerana Najib.
Saya ada kerana Umno. Kita fight for Umno not for a leader.
Jika pemimpin betul kita ikut, bila pemimpin tidak betul, kita tak ikut.
Saya dah sebutkan dalam khutbah Jumaat, dalam khutbah kataatiullah wa’atilurrasul, waulil ammri mingkum, taat kepada Allah tanpa persoalan, taat kepada rasul, dan kepada pemimpin di kalangan kamu itu ada syarat, bukan mutlak kerana pemimpin adalah manusia yang tidak terpelihara daripada segala dosa.
Dan banyak hal yang telah berlaku, Saidina Abu Bakar As-Sidiq dulu dilantik menjadi khalifah pertama, bila dia naik ke mimbar apa dia sebut?
“Tuan-tuan, saudara-saudara sekiranya saya ini menjalankan amanah Allah dengan cara yang betul maka ikutlah saya. Tapi sekiranya saya telah buat kesalahan tegurlah saya.”
Itu dalam Islam. Itu apa yang saya buat.
Dalam sembahyang pun, kalau kita sembahyang tapi imam baca tak betul, kamu boleh mufarakah, tak payah ikut pasal dia baca tak betul. Rosak sembahyang kamu.
Sama dalam hidup di dunia ini, ada kelemahan-kelemahan, Datuk Najib buat yang ini merosakkan. Saya sebagai seorang Islam, pejuang Umno, ahli Umno ikut membuta tuli?
Malaysiakini: Kalau Tan Sri dipecat, Tan Sri akan pertimbangan untuk buat parti baru?
Muhyiddin: Tidak, saya tidak mahu fikir waktu ini. Macam what if, what if, what if,itu cuma andaian.

Saya fikir tidak adil untuk saya bercakap what happen later, Bila sampai waktu kita akan menghadapi keadaan.
Malaysiakini: Bagaimana keadaan Umno Johor sekarang selepas Tan Sri digantung? Adakah Umno Johor tengah bergolak dan berpecah?
Muhyiddin: Saya lihat Umno Johor tidak sekukuh dulu. Kalau nak bercakap secara ikhlas, agak menyedihkan juga kerana saya tokoh yang agak lama di Johor, pernah menjadi menteri besar. Orang kenal saya.
Saya tidak mengatakan ia adalah kelemahan Datuk Khaled Nordin sebagai menteri besar, tapi hakikatnya Johor tidak dilihat solid. Saya melihat melihat sejarah lama iaitu suara Johor orang hormati, nak dengar apa Johor kata, tapi sekarang tidak begitu lagi.
Dengar pelbagai suara yang berbeza-beza, personaliti yang berlainan dan sebagainya. Jadi ini perkara yang tidak membantu imej Umno Johor. Sepatutnya kita bersama.
Dan saya fikir kesannya ialah daripada apa yang telah berlaku. Timbul perbalahan bila ada yang sanggup ke depan, orang dalam kerajaan cakap ini, ini, ini. Jadi saya fikir keadaan agak serba salah.
Saya tidak tahu menganalisis sejauh mana mereka beri sokongan kepada saya. Tak apalah, it's OK. saya faham keadaan yang sedang kita hadapi.

Tapi kalau Umno Johor tidak bersatu padu, tidak kukuhkan kesatuan, berpegang teguh pada prinsip perjuangan asal....
Mungkin menteri besar kena lebih tegas dan berani, bawa rakan-rakan duduk semeja bincang secara baik.
Kalau Johor bersatu, suara Johor boleh bergegar, it will make a different.
Malaysiakini: Sampai masa Tan Sri akan turun perhimpunan (anti-Najib) pada 27 Mac ini?
Muhyiddin: Saya kata, sesiapa penganjur itu tujuannya baik, untuk kepentingan nasional saya akan bersama. Saya dah beritahu (Datuk) Zaid (Ibrahim), kalau awak buat seperti itu saya akan pergi. Saya tidak tahu di mana, tapi saya akan hadir.

No comments: