» » » Mangsa pertama maut akibat strok haba El Nino Malaysia 2016 yang dikatakan berada dalam kawalan


Pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas pitam pada majlis suai kenal, kelmarin.

Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari rakan pelatih ketika majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan itu, kira-kira 10 pagi, kelmarin.

"Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan," katanya.

Beliau berkata, arwah masih bujang dan berasal daripada Tanjung Kling, Melaka serta jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya oleh keluarga terdekatnya untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstabel lelaki yang mendaftarkan diri ke PULAPOL di Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan itu pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan menerima pesakit berkenaan dan punca kematian akibat strok haba menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .