» » Kesal umat Islam di Malaysia tak peduli tentang isu rasuah yang sudah jadi perkara biasa sekarang ini


Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendakwa umat Islam negara lebih teruk daripada masyarakat Cina ekoran tidak kisah dengan gejala rasuah.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata, sikap ini menjadi punca mengapa banyak negara Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.

“Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.

“Tetapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang? Sedangkan ia didikan awal Nabi Muhammad SAW. Kalau nak negara maju orang Islam mesti cantik akhlak dan bebas rasuah, Tapi cerita bab RM2.6 bilion pun orang tidak sensitif,” katanya dalam sebuah majlis Pakatan Harapan di Alor Setar, semalam.

Beliau dalam pada itu turut membandingkan kerajaan yang diteraju pemimpin Islam di Kelantan dan bukan Islam di Pulau Pinang.

Katanya, Kelantan yang diteraju pemimpin Islam memiliki jumlah hutang lebih tinggi berbanding Pulau Pinang.

“Mengapa bukan Kelantan, negeri yang orang Islam perintah?” soalnya lagi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .