Rekod Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) menunjukkan Februari 2016 adalah bulan paling panas di seantero dunia sejak 1880 an.
Dengan suhu purata 1.21 darjah Celcius lebih tinggi pada suhu purata abad ke-20, bulan itu mencatat "suhu tertinggi daripada purata semua 1,646 bulan dalam rekod."
"Suhu purata global di darat dan permukaan lautan untuk Februari 2016 adalah yang tertinggi bagi bulan Februari dalam rekod data suhu global NOAA, dicatat sejak tahun 1880 an," kata NOAA dalam kenyataannya.
Rekod terbaru peningkatan suhu terus mencetuskan aliran cuaca panas bermasalah, didakwa saintis kerajaan Amerika Syarikat (AS) berpunca akibat perubahan suhu buatan manusia dan pembakaran bahan api fosil yang mengeluarkan gas rumah hijau ke atmosfera.
Secara keseluruhan, tahun lalu adalah paling panas dalam rekod, mengalahkan 2014.
NOAA, yang mengumumkan kemas kini suhu setiap bulan berkata, Februari "mencatat bulan ke-10 berturut-turut rekod suhu paling panas dipecahkan."
No comments: