» » Switzerland kemuka permohonan rasmi dari k'jaan M'sia untuk bantu mereka buat siasatan kes skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Secara rasminya Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) sudah mengemukakan permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung prosiding jenayahnya ke atas cabang pelabur negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jurucakap OAG Nathalie Guth berkata dalam satu e-mel kepada The Malaysian Insider, permintaan itu diserahkan kepada Kuala Lumpur pada 4 Februari melalui saluran diplomatik.

"Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengesahkan penghantaran permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia dalam konteks prosiding jenayahnya mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

"Permintaan itu, selepas penghantaran melalui Pejabat Persekutuan kompeten Keadilan (FOJ), diserahkan pada 4 Februari 2016 di Kuala Lumpur melalui saluran diplomatik kerana ia adalah prosedur standard," Guth menulis.

Pada 29 Januari, OAG mengeluarkan kenyataan mengatakan ia meminta bantuan bersama pihak berkuasa Malaysia sebagai sebahagian daripada prosiding jenayah yang dibuka terhadap 2 bekas pegawai 1MDB dan "orang yang tidak diketahui" kerana disyaki salah laku rasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.

Ia juga berkata kerjasama ini dibincangkan kedua-dua negara pada mesyuarat di Zurich pada 15 September tahun lepas antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia.

OAG menyatakan siasatan jenayahnya menunjukan dengan serius dana disalahgunakan syarikat negara Malaysia, sambil menambah wang tersebut dipercayai diperuntukkan untuk pelaburan dalam projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia.

Katanya, jumlah yang disalahgunakan itu dianggarkan sebanyak AS$4 bilion.

"Setakat ini, sudah dipastikan yang sebahagian kecil wang itu dipindahkan ke akaun di Switzerland yang dipegang pelbagai bekas pegawai awam Malaysia dan kedua-dua bekas dan pegawai awam semasa dari Emiriah Arab Bersatu.

"Sehingga hari ini, bagaimanapun, syarikat Malaysia yang terlibat tidak membuat sebarang komen mengenai kerugian dipercayai ditanggung mereka.

"Maka, permintaan bagi bantuan bersama itu bertujuan menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia mengenai keputusan prosiding jenayah Switzerland, bagi mengetahui sama ada kerugian pada skala ini dialami mereka," kata OAG.

Selain kenyataan tersebut, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga dilaporkan bimbang dengan keputusan rakan sejawatnya dari Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menghentikan siasatan terhadap pemindahan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, langkah itu boleh menjejaskan siasatan Switzerland ke dalam firma pelaburan milik negara yang bermasalah itu.

"Kami amat bimbang.

"Kami menemui bukti pemindahan wang yang mencurigakan dikaitkan dengan 1MDB melalui institusi kewangan Switzerland, dan kami amat percaya sangat penting maklumat dikongsi bersama pihak berkuasa Malaysia," The Wall Street Journal memetik Lauber sebagai berkata.

Kenyataan OAG mendorong jawapan serta-merta dari Apandi, yang mengatakan pihaknya akan mengambil semua langkah bekerjasama dengan rakan Switzerland mereka mengenai perkara itu.

Beliau juga berharap akan menerima hasil siasatan dan dokumen dari OAG.

"Dokumen ini akan dikaji semula, bersama hasil siasatan kami dan pihak berkuasa yang lain, untuk menentukan tindakan yang sesuai," kata Apandi dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan ke atas sumbangan yang dibuat kepada Najib tidak berkaitan dengan siasatan atas 1MDB.

Katanya, pejabat peguam negara mengkaji semula secara mendalam laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendapati tiada bukti salah laku.

"Saya dan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan berminat memastikan semua fakta tentang 1MDB yang membawa kepada dakwaan terhadap syarikat itu baru-baru ini.

"Sebab itu, beberapa penyiasatan, termasuk oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara, sedang dijalankan.

"Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara, komited bekerja dengan semua entiti penguatkuasaan undang-undang asing yang berkaitan melalui konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sesuai.

"Begitu juga, 1MDB sejak dari awal lagi memberi kerjasama kepada siasatan itu," kata Apandi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .