» » Rafidah gesa semua rakyat M'sia patuh kepada negara sahaja dan bukan individu terutama individu yang korup dan jahat


Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.

Rafidah berkata beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.

"TIADA SESIAPA perlu MEMINTA 'sokongan' untuk pemimpin sebagai INDIVIDU... Minta orang ramai menyokong PARTI.

"PARTI dan NEGARA TIDAK sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... tak kira TAHAP MANA SEKALI PUN," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di laman Facebook beliau malam tadi.

Rafidah menggesa pengkritik beliau berhenti menafikan wujud keretakan dalam Umno dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan kepimpinan negara.

Beliau memberi amaran, dunia sedang memerhatikan pemimpin negara ini dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Kita semua kena tanggung akibat buruk daripada semua isu itu... sebab itu saya suarakan apa yang ada dalam fikiran saya...

"Saya sayangkan Umno... saya sayang Malaysia. Saya sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa menyelamatkan negara ini dan menjadikan ia kekal utuh untuk generasi akan datang," kata bekas ketua Wanita Umno itu.

Setahun kebelakangan ini, Rafidah sering menggunakan Facebook beliau untuk bersuara mengenai keadaan negara.

Posting beliau baru-baru ini mengenai pertukaran menteri besar Kedah kelihatan seperti kemuncak bagi Shahrizat, yang kemudiannya mengkritik Rafidah mengatakan beliau terjebak dalam permainan parti pembangkang.

Shahrizat berkata, sepanjang tempoh 22 tahun Rafidah sebagai ketua wanita parti itu, beliau sentiasa mengingatkan mereka tentang disiplin dan kesetiaan, terutama kepada presiden.

"Prinsip ini seolah-olah digadai bila kini beliau pula secara terang menyangkal kepimpinan presiden Umno dan membuat pelbagai persepsi dan andaian terhadap isu yang berlaku dalam parti dan kepimpinan negara," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Wanita Umno masih berpegang kepada prinsip kesetiaan dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri kerana beliau benar-benar mengambil berat tentang perjuangan parti itu dan menjaga rakyat dengan baik ketika dunia menghadapi pelbagai cabaran.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .