» » Hukuman lebih berat OSA bukti ke'jaan M'sia tak tahan dikritik berkaitan pendedahan skandal RM2.6 bilion Najib Razak dan 1MDB


Cadangan peguam negara mengenakan hukuman lebih berat ke atas pihak yang membocorkan rahsia rasmi disifatkan 1 serangan ke atas kebebasan bersuara, kata Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hari ini.

Menggelarkan situasi itu seperti "shooting the messenger" (menembak penyampai utusan), CIJ berkata ia menunjukkan Putrajaya tidak tahan dengan kritikan dan takut untuk bertanggungjawab.

"Kami ingin mengingatkan peguam negara, hak untuk kebebasan berucap dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk maklumat, atau ringkasnya, hak untuk tahu.

"Sebarang batasan kepada hak ini hanya dengan pengecualian, dan perlu mempunyai matlamat yang sah yang perlu dan seimbang.

"Dengan itu, kami mempersoalkan jika cadangan terbaru ini memenuhi norma yang diterima di peringkat antarabangsa," kata CIJ dalam satu kenyataan.

Semalam Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan akan meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bagi menghukum mereka yang membocorkan rahsia, tidak terkecuali pihak media yang melaporkan mengenainya dengan memetik dari sumber.

Beliau dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily, sedang mempertimbangkan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah itu.

"Melindungi sumber kekal menjadi salah satu perlindungan dan prinsip yang kuat, bukan sahaja demi etika kewartawanan yang baik, tetapi juga sebagai tonggak kepada hak orang awam mendapat tahu dan menuntut akauntabiliti dari kerajaan," kata CIJ.

"Ia membolehkan media memainkan peranan kritikal dalam mendedahkan salah laku dan merangsang perdebatan awam mengenai perkara-perkara yang penting."

sumber




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .