» » Kemuka bantahan terhadap permohonan Khairuddin berkaitan keputusan siasatan skandal RM2.6 bilion Najib Razak


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu adalah bagi mencabar keputusan Apandi yang memutuskan tiada apa-apa kesalahan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion, penyalahgunaan kuasa dan kertas siasatan SRC International.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Mohamed Apandi selaku responden kepada pemberita selepas kes disebut dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Hasniah Ab Razak hari ini dengan dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin selaku pemohon.

Shamsul berkata pihaknya akan memfailkan bantahan itu pada 3 Mac ini.

Sementara itu, Mohamed Haniff berkata mahkamah menetapkan 18 Mac ini untuk mendengar permohonan Khairuddin bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 3 Mac ini.

Pada 3 Februari lepas, Khairuddin memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat Apandi pada 26 Januari lepas yang memutuskan tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung 3 kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .