» » » Kegagalan PAC panggil saksi tambahan dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB buktikan ia gagal penuhi amanah rakyat M'sia


Kegagalan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil saksi tambahan dalam siasatannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan institusi Parlimen itu gagal memenuhi amanah rakyat, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berhubung tiada lagi saksi tambahan akan dipanggil selain bekas presiden 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Berdasarkan kepada hujah Hasan, PAC tidak perlu memanggil saksi lagi kerana 1MDB sudah mengeluarkan banyak kenyataan media untuk menjelaskan segalanya, dan keterangan bekas ketua 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman tidak diperlukan kerana masalah ketika beliau memegang jawatan sudah dijawab Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding terdahulu, kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan segala hormatnya kepada Lodin, kenapa perlu PAC siasat kemungkinan salah laku pengurusan dalam 1MDB, dan terima keterangan beliau sepenuhnya?

“Lebih pula, Tan Sri Lodin hanya pengerusi lembaga pengarah, bukan ketua pegawai eksekutif yang melaksanakan semua tindakan oleh syarikat,” katanya.

Beliau berkata Hasan menyatakan masalah Bank Negara dengan 1MDB berhubung kontroversi pindahan wang AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) sudah dijelaskan dalam media dan kenyataan akhbar peguam negara.

Hasan berkata ini menjelaskan rasionalnya untuk tidak memanggil Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Hasan mengumumkan hanya Shahrol dan Bakke akan datang minggu depan untuk memberi keterangan kepada PAC sebelum ia menutup sesi pendengaran mengenai 1MDB.

Pua mempertikaikan sama ada Hasan bertanya ahli lain dalam jawatankuasa bi partisan itu untuk sekadar menerima kenyataan media oleh 1MDB dan pihak lain sebagai penjelasan menyeluruh atas pelanggaran itu seperti didakwa Bank Negara.

Katanya, PAC sepatutnya dibubarkan saja jika begitu, memandangkan selepas semua tuduhan pelanggaran termasuk pindahan luar kebiasaan dengan jumlah besar AS$1.83 bilion, boleh saja dijelaskan menerusi “kenyataan akhbar”, pada masa depan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .