» » » Jiwa Siti Saleha tidak lagi terganggu selepas putus cinta


Pelakon Siti Saleha memberitahu dia kini berjaya melalui situasi 'jiwa kacau' selepas hubungan cinta selama dua tahun dengan lelaki Eropah berakhir beberapa minggu lalu.

Saleha atau Siti Saleha Mohd. Baharom, 26, berkata, dia yakin perasaan putus cinta yang sedang dilaluinya itu tidak menjejaskan fokus terhadap kerjaya lakonan.

"Ya sekarang saya single dan kini mahu fokus kepada kerjaya lakonan sahaja. Tidak ada apa yang menarik untuk bercerita tentang cinta saya ini.

"Apa yang saya boleh kata hubungan tersebut penuh dengan drama dan Alhamdulillah, jiwa tak kacau lagi dah," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Saleha diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris yang dikatakan sudah berakhir.

Bagaimanapun, aktres tersebut enggan berkongsi sebab hubungan yang dibina sejak 2014 lalu itu putus.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .