» » » Individu ugut mahu bom dan letupkan rumah Najib Razak kerana menyusahkan rakyat M'sia ditahan di Perak



Seorang lelaki yang dipercayai mengancam untuk menggegarkan ibu negara serta meletupkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditahan di Perak, petang semalam. 

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di Taman Damai, Parit Buntar, Perak, sekitar jam 4 petang.

Dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas telefon bimbit, komputer riba dan modem tanpa wayar yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan ancaman berkenaan.

Menurut laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

Pada 4 Februari lalu, suspek melalui akaun Facebook yang menggunakan nama Aidil Radzi memuat naik status berbunyi; "Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari Sabtu minggu ini kerana najib menyusahkan rakyat".

Susulan itu, pada keesokannya, Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharum, membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, dan menggesa siasatan secara serius diambil oleh PDRM.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .