» » Bilangan wanita yang terjebak dengan dadah di Kelantan semakin membimbangkan


Bilangan wanita yang terjebak dengan gejala dadah di Kelantan semakin membimbangkan dengan kebanyakannya mula terlibat seawal usia 12 tahun, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin.

Beliau berkata seramai 55 penagih wanita direkod tahun lepas berbanding 44 orang pada 2014.

"Ini merupakan satu ancaman dan masalah sosial yang serius yang tidak boleh kita biarkan merebak kepada golongan berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program Jelajah AADK Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan oleh Pengerusi Skuad 1Malaysia Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, di Kota Baru hari ini.

Beliau berkata wanita penagih berkenaan kini ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Bachok.

Menurut Azizan, jumlah keseluruhan penagih dadah di Kelantan turut meningkat dengan seramai 3,289 orang tahun lepas berbanding 2,426 orang pada 2014.

"Peningkatan penagih dadah di negeri ini disebabkan faktor kemiskinan tegar dan kebiasaannya mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .