» » Ringgit sangat lemah tahun pada 2015 jika dibandingkan dengan krisis pada tahun 1997


Ringgit merekodkan kejatuhan tahunan terbesar tahun ini sejak tahun 1997 berikutan kejatuhan harga minyak mentah dan prospek ekonomi Asia Tenggara yang masih kabur.

Penganalisis meramalkan mata wang Asia lebih lemah pada tahun depan kerana Rizab Persekutuan dijangka meningkatkan kadar faedah, kenaikan nilai dolar dan kelemahan ekonomi China akan mengurangkan permintaan bagi komoditi.

Malaysia satu-satunya pengeksport bersih minyak di rantau ini yang memperoleh kira-kira 22 peratus pendapatan daripada hasil berkaitan sumber-sumber tenaga.

Ringgit merosot sebanyak 19 peratus tahun ini kepada 4.2925. Ia menjunam kepada 4.48 pada bulan September, paras paling lemah sejak 17 tahun lalu.

Mata wang domestik diramal menyusut antara 2.4 peratus hingga 4.4 peratus pada akhir tahun 2016.

"Penurunan mendadak harga minyak, kecenderungan kenaikan dolar dan isu-isu dalam negeri merupakan faktor utama yang menyebabkan kelemahan ringgit pada 2015," kata Christopher Wong, penganalisis mata wang di Malayan Banking Bhd. di Singapura.

Meskipun cabaran terhadap ringgit kekal tetapi kemerosotan nilainya terhad pada tahun depan, katanya lagi.

Kejatuhan ringgit dilihat perlahan tahun depan memandangkan harga minyak mentah Brent stabil selepas mencapai rekod 11 tahun terendah.

Sentimen juga bertambah baik selepas China General Nuclear Power Corp. bersetuju untuk membeli aset tenaga syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Bhd, yang akan membantu meningkatkan kewangan firma yang dibebani hutang.

Nilai ringgit meningkat sebanyak 2.4 peratus sejak 30 September lalu.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank, pelabur asing menjual sejumlah RM663 juta saham tempatan dari 7 Disember hingga 11 Disember lalu, sekali gus merekodkan jualan kepada RM19.2 bilion pada tahun ini, lebih dua kali ganda berbanding RM6.9 bilion pada keseluruhan 2014.

Rizab antarabangsa juga susut 18 peratus tahun ini kepada AS$94.9 bilion setakat 15 Disember lalu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .