» » Nama Malaysia mendahului negara yang mempunyai senarai skandal rasuah terburuk 2015 berikutan skandal RM2.6 bilion Najib Razak


Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.

Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".

Penulis Siobhan O'Grady berkata, wang itu mengikat Najib "secara langsung" kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku.

"Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ."

O'Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.

"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O'Grady.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata artikel itu memalukan seluruh negara.

"Bolehkah kita mengharapkan perdana menteri, yang sudah memalukan Malaysia di peringkat global, mempertahankan dirinya sepenuhnya pada Perutusan Tahun Baru 2016 malam ini?" soal Lim.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .