» » Mungkin Ahmad Maslan lebih cerdik daripada Najib Razak sebenarnya cuma Najib lebih bernasib baik jadi PM Malaysia


Hampir tidak ada yang tidak mengkritik cara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melangsaikan hutang-hutangnya.

Menjual sebahagian besar atau mungkin semua harta-hartanya semata-mata untuk membayar hutang, terutama kepada pihak asing, membuatkan Datuk Seri Najib Razak yang menubuhkan 1MDB, menjadi pengerusi lembaga penasihatnya dan berbangga dengan kaedah "jual harta mak bapak" itu, menjadi sasaran utama kritikan ramai.

Pelan rasionalisasi hutang dengan menjual 60% Bandar Malaysia yang diumumkan 31 Disember lalu dan keseluruhan Edra Energy sebelum ini sebagai memenuhi janji Najib untuk menyelesaikannya dalam tempoh 6 bulan, akhirnya langsung tidak menimbulkan kebanggaan atau "stim" kepada sesiapa pun.

Hakikatnya, kaedah sebegitu tidaklah bernilai apa-apa kepada orang ramai, malah tidak ubah seperti meniru cara biasa dilakukan seseorang yang kalah judi untuk membayar hutang-hutang perjudiannya.

Bagi bekas ahli Parlimen Umno Tamrin Abdul Ghafar, cara penyelesaian hutang dengan menjual harta-harta seperti dilakukan Najib itu hanya memalukan nama Tun Razak dan Tun Rahah semata-mata.

Katanya, Najib hanya pandai berpura-pura seolah-olah langkah penyelesaiannya itu merupakan suatu kejayaan sedangkan ia tidak mampu menutup pemborosan, kehilangan wang dan pembaziran berterusan dilakukan selama ini.

Penjualan harta dan tanah yang sepatutnya kekal menjadi milik negara itu, tambahnya hanya mengesahkan tabiat Najib suka menjual apa saja yang ada untuk menutup beban atau hutang yang tidak ketahuan ke mana perginya.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pula berkata, cara Najib itu boleh dilakukan sesiapa saja termasuk murid-murid sekolah tingkatan 6 sekali pun.

Bahkan, katanya ia juga tidak menjawab banyak persoalan lain seperti ke mana hilangnya pelaburan di Pulau Cayman, wang di BSI Bank Singapura, pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion, faedah tinggi diberi kepada Goldman Sachs dan lain-lain lagi.

Bekas ahli Wanita Umno Langkawi yang pernah menyaman Najib, Anina Saaduddin turut mengkritik dengan mengatakan kaedah menjual segala harta untuk membayar hutang itu menjadikan Datuk Ahmad Maslan juga layak menjadi perdana menteri.

Anina juga mengandaikan, berikutan pendekatan Najib yang disifatkannya gagal, barangkali menjadikan Ahmad yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antaragangsa dan industri, lebih berjaya menguruskan negara berbanding Najib.

Hahaha...walaupun Najib mungkin sedih disamakan dengan Ahmad tetapi beliau tentunya bangga apabila dikatakan turut layak menjadi perdana menteri.

Cuma, membandingkan Najib dengan Ahmad akan membawa kepada persoalan lain pula – apakah ini bermakna Ahmad lebih cerdik daripada Najib, Najib sebenarnya lebih teruk daripada Ahmad atau kedua-duanya tak boleh pakai?

Boleh mana-mana cai Najib tolong jawab persoalan ini?



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .