Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya senada menafikan khabar angin bahawa tol untuk lapan lebuh raya akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Januari.
China Press melaporkan, walaupun lapan lebuh raya memenuhi syarat kenaikan tol tetapi keadaan itu tidak bermaksud penyelarasan harga pasti mengambil tempat.
"Ia adalah bergantung kepada perbincangan antara kerajaan dan syarikat konsesi berkenaan.
"Kebanyakan wakil agensi tengah bercuti pada masa ini, ini termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof," kata jurucakap Kementerian Kerja Raya.
Jurucakap itu menjangkakan isu kenaikan harga tol lapan lebuh raya itu hanya akan dibincangkan selepas Tahun Baharu.
Kementerian Kerja Raya pernah menjelaskan pada 16 Disember lalu bahawa Jemaah Menteri belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan tol untuk lapan lebuh raya.
Tol untuk 18 lebuh raya termasuk Lebuh Raya Karak, Lebuh Raya Putrajaya dan Lebuh Raya Sungai Besi telah dinaikkan pada 15 Oktober lalu.
No comments: