» » Cuepacs hargai penubuhan jawatankuasa nilai harga barang dan kos sara hidup memandangkan ekonomi makin tenat di Malaysia


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani isu kos sara hidup.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata jawatankuasa itu diharap mampu memainkan peranan menangani pelbagai perkara yang membebankan rakyat.

"Dalam situasi sekarang kita mahu kerajaan campur tangan dalam banyak hal tentang harga barang yang kian melambung. Kita sudah ada akta pencatutan untuk pastikan peniaga tidak boleh sewenang-wenang mengambil untung yang berlebihan.

"Tetapi sekarang kita lihat saban hari, setiap kali penggal baharu persekolahan dibuka, harga pakaian sekolah naik, barang dapur naik, barang keperluan basah dan kering naik, harga rumah naik, hartanah naik malah harga pengangkutan awam pun turut dinaikkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung dwitahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusi beliau sendiri akan ditubuhkan bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup.

Jawatankuasa turut dianggotai 6 menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Azih berkata selain mengkaji rungutan NGO dan rakyat berkaitan kenaikan kos, jawatankuasa itu juga harus mengkaji kandungan perjanjian yang dahulunya dibuat seperti pembinaan lebuh raya, pembinaan LRT dan sebagainya yang memberi kesan kepada pengguna.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .