» » Farahdhiya beritahu lelaki pun dah menyampah ajak beliau dating kerana kesibukan beliau


BIARPUN sesetengah pihak kurang percaya pengakuannya yang masih solo, namun Farahdhiya Mohd Amin, 31, punya cerita tersendiri mengapa sukar dipertemukan seorang teman lelaki yang tepat.

“Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini.

“Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.

“Kawan baik saya sendiri sudah dua bulan tidak berjumpa. Malahan, dia hanya datang ke sesi latihan Gegar Vaganza sebelum ini untuk bertemu saya.

“Habis program itu juga saya tiada masa rehat, terus sambung shooting drama. Penat itu memanglah penat tetapi saya seronok dan tidak mengeluh.

“Saya bersyukur diberi rezeki melimpah ruah dan ini petanda baik untuk kerjaya seni,” ujarnya .

Meskipun hampir tiada masa untuk berehat panjang namun Farahdhiya menerima kenyataan tiada cinta buat masa ini.

“Inilah kenyataannya. Kehidupan saya banyak di luar untuk bekerja. Kalau ada cuti rehat sehari saya duduk rumah saja.

“Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya.


“Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa,” ungkapnya lagi.

Selepas menjadi naib juara Gegar Vaganza, beliau bakal meneruskan kerjaya nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru tidak lama lagi.

“Judulnya masih rahsia. Saya ingin berkongsi sesuatu yang istimewa bersama semua peminat dan pihak yang menyokong saya,” katanya yang sepuluh tahun lalu dikenali menerusi lagu Bertakhta Di Hati.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .