» » Sokong Cuepacs beri amaran pada PTPTN supaya tidak sewenang-wenangnya potong gaji penjawat awam


Biro Mahasiswa Angkatan Muda PKR (AMK) menyokong pendirian Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam isu pemotongan gaji oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ia berikutan amaran Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda untuk menarik balik kebenaran kepada PTPTN sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan gaji maksimum terhadap penjawat awam.

"Sepatutnya pihak PTPTN memikirkan dan menimbangkan faktor-faktor persekitaran terlebih dahulu sebelum menetapkan kadar yang sesuai untuk dipotong, khususnya kadar potongan maksimum," kata Ketua Biro Mahasiswa AMK, Fahmi Zainol.

"Tindakan PTPTN yang sedemikian rupa dilihat tidak bertimbang rasa, malah seperti tidak cakna dengan situasi semasa iaitu peningkatan kos sara hidup yang membelenggun kelompok lepasan Universiti," ujarnya.

Semalam, Azih melahirkan rasa kesal kerana terdapat kakitangan awam yang dipotong gaji mereka oleh PTPTN sehingga kadar maksimum.

Beliau menyifatkan tindakan itu adalah tidak wajar selain membebankan kedudukan kewangan mereka.

"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti?," soalnya kepada pemberita ketika mesyuarat Cuepacs di ibu negara.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .