» » Najib Razak dakwa kerajaan telah berusaha sedaya upaya ringankan beban rakyat walaupun perkenalkan GST yang jelas menekan rakyat M'sia


Kerajaan sentiasa berusaha bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan yang disiarkan di blognya hari ini, Najib dilihat cuba memberi penerangan tentang mengapa harga sesetengah barang dan perkhidmatan mengalami kenaikan.

“Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat.

“Ingin saya nyatakan bahawa kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.

“Namun, perlu saya menerangkan punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik,” katanya.

Jelasnya, faktor luaran seperti penurunan harga minyak mentah dunia memberi tekanan terhadap ekonomi kerana pendapatan kerajaan dijangka berkurangan lebih RM30 bilion pada tahun hadapan.

“Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.

“Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.

“Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan,” katanya.

Keadaan itu, katanya menyebabkan pelabur menjual ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

Menurut Najib, kesannya, nilai ringgit menguncup dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.

"Jika dilihat, trend ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak.

"Namun ada pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan ringgit," katanya.

Menurutnya, selain mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah lain yang perlu bagi meringankan beban rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, harga perkhidmatan dan barangan telah meningkat dengan mendadak sekali. Antaranya, seperti tambang bagi ERL, komuter, tol dan kenaikan tarif elektrik.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .