» » Nafi pernah dakwa PAS dapat imbuhan wang dari skandal RM2.6 bilion Najib Razak


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan beliau menulis tweet yang mengulas hubungan intim di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan tweet yang menuduh PAS mendapat manfaat daripada sumbangan derma RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

"Saya tidak pernah mengulas mengenai isu itu sejak Mesyuarat Agung Tahunan Umno (yang berakhir) minggu lalu. Saya rasa itu adalah hal mereka dan masalah keluarga mereka, bukan hal kami.

"Ia tiada kaitan dengan saya atau DAP, jangan cuba untuk mengaitkan saya dengan mereka (Najib atau Hadi), ini adalah kerja-kerja orang jahat dan berniat jahat," kata Lim pada sidang media hari ini.

Tweet tersebut mendakwa PAS adalah antara pihak yang mendapat tempias daripada wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya 2013.

Satu laporan polis terhadap tweet itu dibuat di Jalan Pattani pada kira-kira pukul 11 pagi ini oleh pentadbir twitter beliau, Yap Lee Ling.

Walaupun Lim adalah pemegang Twitter @cmlimguaneng, tweet mengenai kerjasama PAS-Umno itu diposkan menggunakan @DairyYB kira-kira jam 5.50 petang semalam.

Tweet itu berbunyi "PAS antara yang terima bahagian daripada dana RM2.6b. Jadi memang layak mereka berkawan baik".

Semalam, Najib selaku presiden Umno dan Abdul Hadi berkongsi pentas pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Bagi penyokong mereka, pasangan itu bukan sahaja mesra tetapi mengenakan berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain yang memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .