» » MKN undang-undang terburuk pernah dicipta di Malaysia semata-mata untuk kekalkan si korup terus berkuasa


Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 merupakan undang-undang berbahaya kerana membenarkan kerajaan mengambil tindakan keras walaupun terhadap ancaman yang bersifat "tanggapan" dan "mungkin".

Diluluskan di Parlimen dua minggu lalu dan akan dibahaskan di Dewan Negara minggu depan, ia membolehkan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan munasabah terhadap "ancaman yang bersifat tanggapan" dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima, kata peguam kanan Datuk S Ambiga.

"Ia bahagian undang-undang yang paling teruk yang pernah saya lihat. Ini bukan mengenai keselamatan, ini adalah tentang rasa tidak selamat dan kuasa.

"Tentera berurusan dengan ancaman yang sebenar, ancaman yang berada pada kedudukan yang tinggi, bertindak terhadap musuh atau terhadap niat yang dimiliki musuh.

"Rang undang-undang MSN tidak menyebut tentang ancaman yang sebenar; ia hanya tentang sesuatu yang dianggap sebagai ancaman dan kemungkinan ancaman," katanya.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga mendakwa, di bawah akta yang dicadangkan itu juga, tentera boleh digerakkan walaupun ancaman tersebut bersifat ekonomi.

Pada 3 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Akta MKN 2015 yang memberi kuasa meluas kepada majlis tersebut menangani isu-isu keselamatan negara.

Ia termasuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan jika pihak berkuasa yakin terdapat kemungkinan ancaman keselamatan terhadap rakyat, wilayah, infrastruktur utama dan ekonomi negara.

Akta tersebut juga akan memberi kuasa khas kepada pasukan keselamatan yang dikerahkan ke kawasan keselamatan.

Rang undang-undang itu antara lain memberi kuasa kepada perdana menteri sebagai pengerusi MKN untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan dibenarkan membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .