» » Mahkamah TInggi putuskan balu PI Bala boleh saman Deepak berkaitan skandal pembunuhan Altantuya


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal mendengar permohonan saman RM2 juta yang difailkan balu saksi utama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan dia boleh memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadinya.

Panel 3 hakim yang diketuai Vernon Ong Lam Kiat berkata, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamil Selvi boleh menyaman ahli perniagaan Deepak Jaikshan atas peranannya dan 7 yang lain sehingga menyebabkan keluarganya melarikan diri ke India selama 5 tahun sejak 2008.

Antara 7 orang yang dinamakan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ong berkata tuduhan konspirasi dalam kenyataan dakwaan Santamil mempunyai merit.

"Tuduhan tersebut adalah tertakluk untuk dibuktikan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi," katanya.

Bagaimanapun panel hakim tersebut menolak rayuan saman Santamil sebagai wakil sah Balasubramaniam kerana beliau tidak mempunyai surat arahan pentadbiran.

Peguam utama Deepak, Wan Azmir Wan Majid berkata Mahkamah Rayuan memberi anak guamnya 14 hari untuk menfailkan kenyataan balas di Mahkamah Tinggi.

Peguam Santamil Americk Sindhu tidak hadir di mahkamah hari ini kerana berada di luar negara.

Pada Jun tahun lepas, Santamil memfailkan saman mewakili mendiang Balasubramanian yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac 2013 selepas kembali dari India.

Saman itu akan mendedahkan peranan beberapa orang yang terlibat sehingga menyebabkan keluarga Santamil melarikan diri keluar negara selepas kontroversi 2 akuan bersumpah dilakukan Balasubramaniam melibatkan Altantuya dan Najib.

Ini termasuk mengapa Bala terpaksa menarik kembali akuan bersumpah pertamanya yang mempunyai perincian penglibatan Najib dengan Altantuya, dan mengapa Balasubramaniam dan keluarganya terpaksa meninggalkan negara pada 2008.

Disember lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim membenarkan permohonan Najib, Rosmah, adik beradik perdana menteri Datuk Johari Razak dan Datuk Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham, anak lelakinya Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M Arulpalam untuk membatalkan saman balu tersebut.

Hasnah berkata Santamil kekurangan kapasiti peribadi untuk memfailkan saman bagi pihak mendiang suaminya dan rayuannya tidak berlandaskan undang-undang.

Kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berasaskan notis rayuan Santamil tidak mencukupi.

Bagaimanapun, Deepak bukanlah pihak yang terlibat dalam rayuan Santamil di Mahkamah Rayuan.

Deepak berkata dia tidak terlibat dalam tindakan pembatalan saman Santamil di Mahkamah Tinggi.

Dalam saman tersebut, keluarga mendiang berkata semua defendan, termasuk Deepak, menyebabkan akuan bersumpah ke-2 Balasubramaniam ditulis tanpa arahan dari mendiang, menyebabkan dia menandatanganinya dalam “keadaan terdesak dan terpaksa”.

Balasubramaniam dan keluarganya meninggalkan Malaysia selepas dia menandatangani akuan bersumpah ke-2.

Akuan bersumpah ke-2 menafikan sebarang penglibatan Najib dalam kes itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .