Ibu bapa kini terpaksa beralih membeli keperluan persekolahan kepada jenama murah berikutan harga barangan naik mendadak berbanding tahun lalu.
Menurut salah seorang pembeli, Zulkifly Mohd. Saat, 42, bajet persiapan persekolahan anak-anaknya meningkat 40 peratus berbanding tahun lalu dan semua kelengkapan hanya dibeli di premis biasa di sekitar ibu kota.
“Pada tahun lalu, dengan bajet RM600, saya dapat membeli kelengkapan sekolah yang berjenama dan berkualiti tinggi di pusat beli-belah untuk seorang anak.
“Bagaimanapun, pada tahun ini, saya terpaksa membeli di premis biasa di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kos keseluruhannya meningkat kepada RM1,500 untuk dua orang anak,” katanya.
No comments: