Walaupun harga minyak telah menurun, tetapi yuran bas sekolah dijangka tidak mengalami penurunan.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, penyelenggaraan kenderaan menyumbang perbelanjaan utama dan harga alat ganti telah meningkat berikutan penyusutan nilai ringgit.
"Disebabkan kebanyakan pengusaha bas sekolah tidak mendaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST), keadaan ini bermakna kami juga tidak boleh menuntut cukai input untuk GST.
"Alat-alat ganti kenderaan termasuk untuk bas sekolah bagaimanapun adalah dikenakan GST," katanya kepada China Press.
Menurutnya lagi, disebabkan yuran bas sekolah tidak dikawal kerajaan, maka harganya adalah ditentukan oleh pengusaha sendiri.
"Pengusaha mengambil beberapa faktor dalam menentukan yuran termasuk masa bermula dan tamat sekolah.
"Selain itu, kelas pada hari Sabtu juga akan menentukan yuran yang dikutip," katanya.
No comments: