» » Malaysiakini diserbu kerana siarkan berita perpindahan timbalan pendakwa raya SPRM


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis menyerbu Malaysiakini berhubung laporan berkaitan perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Lebih 10 pegawai dan anggota SKMM dan polis sedang berada di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya sejak jam 5 petang tadi.

Ketika berita ini disiarkan mereka masih berbincang dengan pihak pengurusan.

Sebelum ini, SKMM juga telah merakamkan kenyataan daripada Ketua Pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan dan seorang wartawan berhubung laporan yang disiarkan Isnin lalu.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan hari ini.

Memetik sumber, Malaysiakini berkata pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Apa yang menjadi pemindahannya penuh tanda-tanya adalah peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuatkuasa sehingga 2017.

Bagaimanapun, Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali pada mulanya menafikan pegawai itu dipindahkan.

Dalam laporan itu, Malaysiakini tidak menyebut Ahmad Shazale dipindah keluar dari SPRM.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengesahkan apa yang berlaku adalah pemindahan dalaman ke atas DPP itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .