Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berikrar untuk meneruskan "perjuangannya" sehingga akhir bagi memastikan kebenaran tertegak.
Bercakap kepada media selepas ikat jamin dibayar, Khairuddin turut mengucapkan terima kasihnya kepada hakim, Datuk Mohd Azman Hussin yang memutuskan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau - serta Matthias Chang - bukan kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Ikat jamin Khairuddin bernilai RM10,000 dibayar isterinya Datin Seri Umie Aida Rahmad.
Khairuddin dan Chang yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini ditahan atas tuduhan mengancam keselamatan negara mengikut Sosma.
Bagaimanapun hari ini mahkamah tinggi membenarkan kedua-dua mereka - yang sebelum ini aktif membangkitkan isu 1MDB - diikat jamin.
Kata Khairuddin, dalam setiap perjuangan untuk menegakkan kebenaran, pihak yang satu lagi boleh melakukan apa saya tetapi akhirnya, kebenaran yang ditegakkan.
"Saya tak mahu komen lanjut buat masa ini tetapi percayalah, saya tidak akan berhenti daripada berjuang mencari kebenaran," katanya yang ditahan hampir dua bulan di Penjara Sungai Buloh.
Khairuddin dibebaskan kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi bersama Chang yang juga peguamnya.

No comments: