» » Kenapa gaji wakil khas negara dan penasihat kepada PM Malaysia lebih mahal dari gaji Najib Razak ?


Wakil khas negara dan penasihat kepada perdana menteri memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen pembangkang hari ini.

Menurut Liew Chin Tong (DAP - Kluang) berdasarkan belanjawan gaji Najib sebagai perdana menteri dinyatakan sebanyak RM22,826.65 sebulan.

Bagaimanapun, kata Liew, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta penasihat khas perdana menteri bagi isu wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, serta Duta Khas Malaysia ke India, Datuk Seri S Samy Vellu memperoleh gaji bulanan sebanyak RM27,227.20.

"Mengapa penasihat ini mendapat gaji lebih tinggi daripada perdana menteri?" katanya di sidang media di lobi parlimen hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .