Angin kencang, laut bergelora dan ribut petir melanda perairan Pahang, Terengganu, Johor, Sabah (Pantai Barat dan pedalaman) serta Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) pagi ini.
Jabatan Meteorogi Malaysia berkata angin kencang dengan kelajuan sehingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan tersebut.
Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu hari ini.
Keadaan sama dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, Reef South, Layang-Layang dan Palawan pagi ini.
No comments: