» » Wan Azizah failkan usul Undi Tak Percaya pada Najib Razak di Parlimen


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Terdahulu, Pakatan Harapan secara sebulat suara menetapkan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan untuk membawa usul yang sebelum ini dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.‎

Dr Wan Azizah berkata usul itu bertujuan menolak kepimpinan Najib dan bukan untuk menukar kerajaan.


Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Hee Loy Sian menghantar usul yang hampir sama namun dibidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan menyatakan ia harus dilakukan ketua pembangkang, Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR percaya Pakatan Harapan akan mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen termasuk Barisan Nasional (BN) bagi menyingkirkan Najib.

"Rakyat kini menderita akibat kos kenaikan sara hidup dan kesukaran ekonomi di bawah pentadbiran Najib dah polisinya gagal.

"Transformasi yang dikatakan juga dilihat lebih kepada retorik semata- mata," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru, Dr Wan Azizah menyeru semua ahli Parlimen untuk mengundi demi masa depan negara dengan menolak pendirian politik.

Usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Harapan mencetuskan kontroversi kerana pihak pembangkang sepatutnya menghantar notis usul tersebut 14 hari sebelum sidang bermula.

Semalam Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyarankan pakatan pembangkang baharu untuk menyerahkan senarai sokongan ahli Parlimen sebelum dipertimbangkan untuk dibahaskan.

Ditanya mengenai itu, Dr Wan Azizah berkata Pakatan Harapan tidak akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen kerana tidak pernah diminta Speaker.

"Tak, kita tidak beri. Speaker tidak maklum dekat kita. Dalam peraturan mesyuarat tidak ada perkara itu," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .