Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, suspek ahli Parlimen yang tidak akan menyokong Bajet 2016 sudah dikenalpasti, namun tidak akan mendedahkannya.
"Ia suspek yang sama, saya rasa kamu pun tahu," kata Shahrir semasa ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
"Mungkin terdapat yang tidak akan mengundi nanti semasa bajet."
Namun, ahli Parlimen Johor Baru itu yakin majoriti masih akan mengundi menyokong bajet yang bakal dibentangkan, kerana memiliki disiplin dan tidak terperangkap dengan permainan pembangkang.
"Disiplin parti sangat konsisten, menunjukkan prestasi baik dan memperbaiki perbahasan mereka.
"Saya rasa tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi menyokong bajet nanti," katanya.
Malah, kebanyakan ahli Parlimen BN juga terlibat sama dalam persediaan Bajet 2016 dan mustahil mereka bermain politik, kata Shahrir.
"Saya yakin ahli Parlimen kami tidak berhasrat untuk bermain politik," katanya.
Shahrir menafikan ahli Parlimen yang dikenalpasti itu terdiri daripada 20 wakil rakyat yang sebelum ini didakwa akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib pada sidang kali ini.
"Ia bukan 20 nama seperti yang dikatakan sebelum ini," katanya.
Terdahulu, bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata ahli Parlimen BN boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Najib esok.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga antara salah seorang pengkritik Najib, malah tampil bersama-sama pada sidang media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi peminpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan daripada Kabinet.
sumber
No comments: