Datuk Seri Najib Razak menasihati kita semua supaya mengenal apa itu Islam yang sebenar agar kita tidak terpedaya dengan segala gejala yang menentang Islam itu sendiri.
Saya amat tertarik dengan ucapan beliau semasa menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1437 semalam.
Saya sangat merasa bingung dengan apa yang diucapkan beliau kerana apa yang diucapkan beliau itu adalah benar belaka tetapi persoalannya adakah beliau sendiri melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.
Beliau menyeru supaya kita orang Islam tidak membenarkan tersebarnya pengaruh tempatan dan antarabangsa untuk memecahkan Islam dan beliau berjanji untuk memajukan negara berlandaskan islam sebagai nadi pentadbiran beliau.

Ucapan itu adalah ucapan yang disediakan tetapi beliau patut menyedarkan diri beliau sendiri yang beliaulah yang sangat perlu membuat 'soul searching' dan menilai diri sendiri samada segala elemen dalam pentadbiran beliau itu semuanya berlandaskan Islam.
Adalah tidak mencukupi jika beliau hanya membaca teks yang tersedia tetapi segala isi kandungan teks ucapan beliau itu sesungguhnya diarah dan ditujukan kepada beliau sendiri.
Setahu saya yang tidak begitu mahir tentang agama ini ingin juga bertanya kepada Najib, adakah membazirkan wang rakyat dan tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan pentadbiran negara itu adalah unsur agama kita yang suci?

Adakah menyalahgunakan kedudukan dan mempermainkan rakyat dengan berbagai tipu helah sebagaimana yang dipersepsikan rakyat terhadap beliau itu merupakan satu unsur Islam?
Adakah menggunakan pengaruh sebagai perdana menteri dengan menjadi orang yang penting dalam syarikat kerajaan dengan mengambil keputusan dalam semua hal perniagaan dan kewangan 1MDB itu berunsurkan agama Islam suci kita?
Adakah dengan mengubah dan melakukan 'displacement' terhadap jawatankuasa penyiasat terhadap 1MDB itu satu dari tuntutan agama kita?

Menggagalkan usaha penyiasatan kerana untuk menutupi kesalahan diri sendiri itu adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri.
Melakukan tindakan untuk mencari kebenaran dengan menukar serta menganjak dan mengalih pegawai penyiasat itu tidak perlu mendengar nasihat pakar agama kerana orang yang begitu tidak begitu mengerti dan memahami agama dengan mendalam ini pun tahu tindakan itu salah dan bertentangan dengan agama kita.

Orang yang tidak mendalami ilmu agama pun tahu yang makan rasuah itu adalah kerja yang lebih hina dari memakan daging saudaranya sendiri.
Kita hendak menyebut ini kerana beliau adalah pemimpin.

Jika orang percaya dengan kata-kata beliau ini maka orang ramai akan beranggapan yang Islam membenarkan dan bebas menyalahgunakan wang rakyat tanpa had.
Kita khuatir orang ramai akan terpedaya dengan kata-kata beliau yang membuang pegawai kerajaan kerana takut rakyat mengetahui segala dosa dan noda kepimpinan itu dibenarkan Islam.
Kita tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang mempertahankan kesalahan dan menjunjung kegagalan.

Kita juga tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang menekan sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan menangkap dan membawa mereka di depan penghakiman dan berniat untuk menutupi kesalahan sendiri.
Perpecahan yang disentuh Najib itu juga merupakan perkara yang benar, tetapi Najib perlu tahu yang salah satu dari penyebab perpecahan itu berpunca dari ketidak yakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

Rakyat jelas mahu beliau berhenti sahaja dari memikul tanggungjawab negara tetapi beliau bertindak membelakangkan tekanan rakyat ini.
Di sebaliknya beliau menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah tertutup hijab mereka untuk menyokong beliau walaupun itu bukannya sokongan rakyat.
Sempena kedatangan tahun baru hijriah ini elok kita ingatkan Najib dan penyokong beliau seperti Tan Sri Shahrir Samad dan lain-lain yang mereka perlu melakukan sesuatu untuk kebaikan diri mereka sendiri yang salah satu tuntutan ketuhanan ialah untuk kita berjaya membuka hijab kita agar kita akan mampu menentukan dan menilai yang mana yang hak dan mana yang batil.

Jika kita berjaya membuka hijab kita maka kita tidak akan mendengar Shahrir mengalihkan isu dari berusaha menyelesaikan masalah kepada membuat tuduhan terhadap pengkritik Najib itu sebagai kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.
Jika hijab mereka terbuka mereka akan memberikan tumpuan yang lebih bagi mencari penyelesaian dengan meneliti tentang isu 1MDB dan isu 'derma' yang berbillion yang masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pengerusi Kelab Backbencher Parlimen Malaysia itu sepatutnya membuat penyelidikan kenapa wang 'derma' yang dipindahkan ke Singapura itu disitar pihak penguasa negara itu.
Selidiklah isu ini dengan teliti sebagai seorang ahli legislatif yang bertanggungjawab, bukannya menurunkan darjat beliau setahap dengan Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Najib perlu memberikan penjelasan kenapa beberapa orang individu yang terlibat dalam pemindahan wang secara haram seperti Nik Faizal dan Datuk Subuh sekarang sudah menjadi 'fugitive' negara.

Sharir sepatutnya bantu rakyat untuk mencari mereka ini dan memberikan penjelasan kenapa mereka perlu melarikan diri jika tidak terlibat melakukan kesalahan seperti yang dituduh rakyat itu?
Kenapa perlu lari keluar negara jika tidak bersalah?
Pendeknya apa yang disebut Najib dalam ucapan beliau itu semuanya benar, tetapi seluruh ucapan dan nasihat yang terkandung dalam ucapan beliau itu sesungguhnya adalah nasihat untuk beliau sendiri !
Sementara itu ramai yang memberikan pandangan yang ucapan beliau itu meloyakan.

Setengah yang lain berpendapat ia seperti ketam menyuruh anak berjalan dengan betul.
Terpulanglah, timbang-timbanglah sendiri.
No comments: