» » Tak perlu pun ahli baharu PAC angkat sumpah kerahsiaan


Tiada keperluan untuk ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengangkat sumpah bagi menjaga kerahsiaan siasatan badan bi- partisan itu, kata Dr Tan Seng Giaw.

Naib pengerusi PAC itu berkata, arahan daripada peraturan Mesyuarat Dewan sudah memadai untuk menjaga kerahsiaan maklumat dan dokumen siasatan jawatankuasa itu.

"Kita ada peraturan Mesyuarat Dewan selama ini, kita memang ikut arahan tersebut.

"Ia tidak boleh didedahkan sehingga dibentangkan di Parlimen," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mewajibkan setiap ahli PAC untuk mengangkat sumpah kerahsiaan agar maklumat siasatan jawatankuasa itu tidak dibocorkan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .