Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan sekolah-sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak ditutup dua hari bermula esok berikutan keadaan semasa jerebu.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya juga akan memantau situasi jerebu di Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengumumkan bahawa sesi persekolahan yang ditutup itu tidak perlu diganti.
“Arahan ini membabitkan semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangannya,” katanya.
Dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya , Mahdzir juga berkata, sekolah sesi petang di Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini juga perlu ditutup.
Edited: klik link dibawah untuk mengetahui kenapa ia berlaku ?
Buat pengumuman rasmi macam order nasi lemak je
"Guru dan murid tidak perlu datang ke sekolah."
No comments: