» » Pemuda Umno desak Putrajaya mansuh semua GST kad prabayar


Mengharapkan pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober ini membawa berita baik kepada golongan muda, Pemuda Umno mendesak Putrajaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kad prabayar telefon bimbit.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu kos sara hidup masih mendahului kebimbangan golongan muda.

"Isu ini masih belum selesai lagi. Adalah lebih baik isu kad prabayar diselesaikan tanpa perlu dibayar GST," kata menteri belia dan sukan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata perlaksanaan GST memberi tekanan dan bebanan kepada golongan muda.

"Harapan besar ialah supaya kerajaan kekalkan pengecualian GST ke atas beberapa barang perlu. Dalam dunia moden, komunikasi juga menjadi satu keperluan.

"Begitu juga soal peluang pekerjaan, pemilikan rumah, latihan kemahiran dan pembangunan usahawan," katanya.

Baru-baru ini media melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit kembali seperti sebelum perlaksanaan GST pada 1 November ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dilaporkan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.

Johari berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

"Bagaimana telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman 1 November ini," katanya.

Bagaimanapun, GST sebanyak 6% tetap dikenakan terhadap kad prabayar daripada segi caj penggunaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dilaporkan berkata, Putrajaya akan mengumumkan beberapa langkah dalam Bajet 2016 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh bagi menghadapi keadaan ekonomi global semasa yang amat mencabar.

Najib yang juga menteri kewangan akan membentangkan Bajet 2016 Jumaat ini di Dewan Rakyat.

Najib berkata, Bajet 2016 yang dibentangkan akan terus memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup isi rumah.

Katanya, hasil satu kaji selidik 18 September lalu mendapati 3 perkara penting yang dimahukan rakyat dalam Bajet 2016 ialah penambahbaikan kos sara hidup, perumahan, kehidupan di bandar dan pendidikan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .