» » Pemuda AMANAH pohon ditubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk siasat skandal 1MDB Najib Razak


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) meyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.

Diketuai Faiz Fadzil, delegasi itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai Istana Negara, Zainal Din Mohd Nor kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Kata Faiz, pada memorandum sama mereka juga mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri bagi menjamin siasatan terhadap agensi pelaburan milik negara itu dapat disiasat secara bebas.

"Kami percaya penubuhan RCI ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap negara, dan kami juga mohon pertimbangan Majlis Raja-raja menasihati perdana menteri meletak jawatan segera agar siasatan lebih telus serta bebas dapat dijalankan," katanya kepada media hari ini.

Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH berkata, perdana menteri terlibat secara langsung atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan pengerusi 1MDB.

Katanya, isu 1MDB perlu diselesaikan segera selaras dengan titah dibuat Majlis Raja-raja pada Selasa lalu.

Sementara itu, naib ketua pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata penyerahan memorandum seumpama itu akan diperluaskan kepada Sultan dan Yang Dipertua Negeri di seluruh negara.

"Pemuda AMANAH berpendapat penubuhan ini perlu dilakukan segera kerana rakyat tidak mampu menunggu lebih lama lagi dalam isu ini," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .