» » Pastikan Speaker dan ahli Parlimen Malaysia dihukum jika terbukti bersubahat melindungi penjenayah


Fungsi Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong yang mengimbangi kuasa kuasa yang ada pada eksekutif, legislatif dan kehakiman kita bincangkan sebelum ini. .

Justeru segala titah perintah Majlis Raja-Raja baru-baru ini patut dipatuhi selaras dengan peranan Majlis Raja-Raja serta selaras dengan fungsi Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk, pada ‘hemat baginda’ melantik seorang perdana menteri yang Baginda percaya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan. -

Speaker pula dilantik Dewan tidak lama selepas penubuhan kerajaan baru selepas pilihan raya umum selepas perasmian sessi Parlimen pertama Yang Di Pertuan Agong.

Justeru gagal mematuhi titah perintah Majlis Raja-Raja adalah ibarat mengisytiharkan perang terhadap Majlis Raja-Raja

Kesalahan isytiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang merupakan kesalahan berat di bawah Kanun Kesiksaan. Perlembagaan Persekutuan mula didraf Suruhanjaya Reid untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu selepas kegagalan kerajaan British untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu di samping British mahu menentukan hasil bumi tanah melayu terus dinikmati mereka sekalipun selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Di dalam membela rakan sejawat ahli-ahli Parlimen yang menjadi topik utama siasatan badan-badan siasatan negara kita dan antarabangsa,

Ahli-ahli parlimen patut mengambil maklum agar mereka tidak terjerumus melakukan kesalahan jenayah iaitu bersubahat melindungi jenayah yang bukan sahaja merupakan kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan .

Namun menderhakai titah perintah Majlis Raja-Raja ,  di samping tindakan yang sama di bawah Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana engkar titah perintah Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong.

Begitu juga dengan speaker Dewan, tiada perlindungan istimewa jika melakukan perkara perkara di atas malah ahli-ahli Parlimen boleh mengusulkan untuk memecat speaker kerana pelbagai salah laku sesuai dengan peraturan-peraturan Dewan .

Namun kegagalan speaker mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang lama diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa sudah cukup kuat untuk diambil tindakan.

Speaker Dewan mesti melakukan tugas dengan adil dan saksama namun jika Speaker lebih dilihat cuma melindungi mana-mana ahli Parlimen yang kini sedang disiasat pelbagai pihak termasuk beberapa negara dunia ianya cuma akan menjeremus speaker ke kolam najis yang belum dibersihkan airnya.

Cuba melindungi seseorang ahli Parlimen yang menjadi subjek siasatan jenayah kewangan pelbagai pihak dalam dan luar negara tidak termasuk dalam definisi tugas speaker yang sah dalam menjalankan tugas sebagai seorang speaker. 

Malah sesuai dengan prinsip seseorang itu masih tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, adalah menjadi tugas speaker untuk mengarahkan seseorang ahli Parlimen menjawab persoalan pokok yang ditujukan kepadanya kerana ahli Parlimen berkenaan hadir dalam Dewan bukannya speaker pula yang beria-ia berkata cukup bila timbalan hadir, timbalanlah yang menjawab.

Adalah menjadi amalan Parlimen, timbalan biasanya menjawab bila boss tiada dalam Dewan tetapi bila boss hadir dan persoalan ditujukan secara langsung kepada boss, amatlah pelik untuk speaker berkelakuan sedemikian walaupun speaker beria-ia mempertahankan tindakannya itu. 

Malah prinsip delegasi tugas untuk menjawab soalan dalam Dewan antara ahli Parlimen tidak boleh terpakai memandangkan ahli Parlimen yang diketahui bertanggungjawab secara langsung hadir.

Dewan Rakyat bukan seperti Dewan kanak-kanak sekolah rendah belajar berdebat. 

Bila hutang negara sudah lebih RM800 billion atau mungkin mencecah RM1 trillion, belanjawan apa yang boleh dibentangkan lagi? 

Bila nilai Ringgit jatuh ke rekod paling teruk semenjak zaman moden selepas merdeka, belanjawan apakah yang hendak diluluskan?

Malah bila rizab negara jatuh merundum seperti yang dilaporkan, apakah kekuatan negara kita untuk mengimbangi belanjawan yang defisit? 

Bijakkah rakyat memilih ahli Parlimen yang tidak faham apa-apa tentang kesan belanjawan selain daripada jadi tukang sokong supaya umpamanya, sidang Dewan dapat selesai segera untuk segera berpeleseran bersantai di Kuala Lumpur terutamanya di hotel-hotel lima bintang?

Dalam keadaan negara yang rakyatnya menderita kerana kos sara hidup yang semakin membebankan , eloklah jika isteri pemimpin kerajaan menggunakan bas express Transnasional milik MARA untuk perjalanan ke Kota Bharu ataupun menggunakan pesawat tambang murah jika mahu segera ke Kota Bharu umpamanya tanpa perlu acara sambutan rasmi dan sebagainya.

Jika perdana menteri Britain sendiri, David Cameron pada 18 Ogos 2015 dilapor meluas media Britain boleh menggunakan pesawat komersial tambang murah Easy Jet untuk bercuti musim panas dan duduk sebaris selang 3 kerusi daripada seorang remaja 16 tahun yang amat terkejut lalu terus mengambil selfie yang menunjukkan perdana menteri Britain duduk di kerusi penumpang biasa yang mempunyai ruang kaki yang amat terhad .

Pastinya tiada apa yang tidak kena jika isteri pemimpin kerajaan menaiki Air Asia ke sana kemari bersama rakyat setiap kali hendak terbang ke mana-mana ataupun menaiki teksi bajet untuk ke sana ke sini untuk urusan membeli-belah dan makan-makan dalam ibu negara.

Saidina Umar Abd Aziz salah seorang Khalifah agung Islam yang amanah memadamkan lilin milik negara ketika berurusan hak keluarga dengan memasang lilin milik peribadi.

Ketegasan Bank Negara Malaysia dan SPRM patut disahut serentak semua badan penguatkuasaan undang-undang yang lain tanpa perlu merasa terhutang budi pada eksekutif.

Tindakan yang kolektif dan serentak mungkin dapat dihargai rakyat dan mungkin rakyat dapat memaafkan apa-apa kesalahan mereka sebelum ini jika kali ini mereka tegas bertindak sesuai dengan terma-terma perlantikan untuk kebaikan negara, 

Inshaa Allah mulalah segera serta-merta bangun daripada tidur dibuai mimpi yang air liur basi sudah meleleh bergelen-gelen dengan melakukan tuntutan gaji halal yang diterima, iaitu bertindak segera selaras dengan salah satu prinsip rukun negara, kesetiaan pada Raja dan negara

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .