» » PAKATAN HARAPAN gesa ahli Parlimen tolak Bajet 2016 dan singkirkan Najib Razak


Pakatan Harapan hari ini menyeru semua ahli Parlimen "bersatu" dan tidak menyokong pembentangan Bajet 2016 sebagai simbol protes menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, isyarat penolakan kepimpinan Najib dapat dilihat melalui kenyataan dibuat Majlis Raja-raja Melayu dan sekarang ialah masa bagi ahli Parlimen pula untuk berbuat demikian.

"Kenyataan luar biasa yang dibuat Raja Melayu menggesa kerajaan segera menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu isyarat suasana negara begitu kritikal kini.


"Dan sekarang ini kita merasakan sudah tiba masanya ahli Parlimen bukan saja daripada pembangkang namun Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyokong bajet tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .