» » Najib Razak perlu letakkan jawatan jika gagal raih sokongan majoriti dalam pengundian Bajet 2016 yang bakal dibentangkan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan jika gagal meraih sokongan majoriti dan kalah pada pengundian Bajet 2016 yang bakal dibentangkannya esok, kata Ketua Kluster, Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Kamal berkata, kerajaan akan hilang kepercayaan melalui dua cara iaitu melalui undi tidak percaya dan kalah dalam rang undang-undang penting.

“Jika perdana menteri kalah pada salah satunya, maka beliau harus meletakkan jawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, perdana menteri dapat mengelakkan daripada pelucutan jawatannya kerana beliau mempunyai pilihan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Jika Yang di-Pertuan Agong tidak setuju untuk membubarkan Parlimen, maka perdana menteri perlu meletakkan jawatan,” katanya.

Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, proses pengundian terhadap bajet, kebiasaannya memakan masa dan hanya akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu selepas itu.

“Pembentangan bajet itu akan dibahaskan dan kemudian barulah diadakan pengundian,” katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .