» » Muhyiddin nafi khabar angin akan buat laporan polis berkaitan skandal 1MDB hari ini


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan khabar angin yang beliau dan 2 pemimpin Umno veteran lain akan membuat laporan polis berasingan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) esok.

Dua lagi yang dikatakan akan membuat laporan polis esok ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Muhyiddin oleh pentadbir halaman itu berbunyi: "Whatsapp yang tersebar mengenai laporan polis oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah PALSU".

Menurut mesej di aplikasi Whatsapp itu, Muhyiddin bakal membuat laporan polis terhadap firma pelaburan milik negara yang sarat hutang itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur esok.

Sementara itu, Dr Mahathir, kononnya dikatakan akan membuat laporan polis terhadap 1MDB di Ibu Pejabat Polis Putrajaya, manakala Shafie dengan polis Brickfields.

Ketiga-tiganya, menurut mesej WhatsApp itu, akan berbuat demikian serentak pada jam 10 pagi esok, dan kemudiannya berkumpul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dan membuat satu lagi laporan pada jam 2.30 petang.

Shafie turut menafikan wujud rancangan sebegitu, memberitahu The Malaysian Insider melalui pembantunya: "Sila abaikan mesej yang sedang berlegar kerana ia tidak benar".


Muhyiddin dan Shafie digugurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada Kabinet pada Julai, selepas mereka secara terbuka mempersoalkan cara beliau mengendalikan penyelewengan kewangan yang didakwa dalam 1MDB.

Mereka juga meminta penjelasan berhubung wang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib, yang dikatakan sumbangan politik dari Timur Tengah.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis terhadap Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Pada Isnin, Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan tiga lagi pemimpin veteran Barisan Nasional mengadakan sidang akhbar bersama mengecam penggunaan undang-undang anti keganasan oleh Putrajaya terhadap dua pengkritik 1MDB - bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Turut hadir pada sidang media itu ialah veteran Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas parti setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Mereka juga bercakap mengenai menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen, manakala Muhyiddin bercakap tentang budaya takut Umno yang menghalang ahli daripada bersuara mengenai salah laku pemimpin.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .