» » 40% Gen Y iaitu golongan muda didakwa berbelanja di luar kemampuan dan bergelumang dengan hutang


Kajian Institut Kewangan Asia (AIF) mendapati, generasi muda rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan "Gen Y" hidup bergelumang dengan hutang dan 40% daripada mereka berbelanja lebih daripada kemampuan.

Menurut kajian itu, responden berusia 20 hingga 33 tahun, mendapati golongan ini menghadapi tekanan kewangan, dengan majoritinya menanggung kos pinjaman yang tinggi selain hutang kad kredit.

"Kajian kami menunjukkan 75% Gen Y mempunyai paling kurang satu sumber pinjaman jangka panjang manakala 37% mempunyai lebih daripada satu.

"Pinjaman jangka panjang termasuk pinjaman kereta, pendidikan dan pajak gadai," kata AIF dalam laporannya "Memahami Gen Y – Merapatkan Jurang Pengetahuan Millennial Malaysia" yang dikeluarkan hari ini.

"Untuk mengimbangi hutang ini, mereka bergantung kepada kaedah pinjaman kos yang tinggi – 38% daripada Gen Y dilaporkan mengambil pinjaman peribadi, manakala 47% terlibat dalam pinjaman kad kredit mahal."

Menurut AIF, masalah hutang itu dihadapi mereka akibat tingkah laku "impulse-buying" (pembelian ikut hati), selain akses mudah kepada pinjaman peribadi dan pembiayaan kad kredit.

Sikap pembelian berasaskan gerak hati pengguna muda dan diburukkan lagi dengan akses mudah membeli-belah atas talian.

Sebagai generasi celik teknologi, golongan muda ini memang memanfaatkan teknologi bagi melaksanakan tugas rutin.

"Ini termasuk pembelian talian yang menggalakkan sikap 'beli-sekarang-bayar kemudian' di kalangan pengguna generasi ini.

“Penggantungan kepada kad kredit untuk pembelian dalam talian menggalakkan lagi tingkah laku ini," kata laporan itu lagi yang menyasarkan pengguna institusi perbankan, kewangan dan pembelajaran.

Menurut laporan itu, antara 16-17% dibelanjakan untuk gaya hidup, 24% pembayaran balik pinjaman dan 30% hingga 31% perbelanjaan hidup, dengan sedikit perbezaan antara responden lelaki dan perempuan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .