Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low hari ini menyarankan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara menyelesaikan isu percanggahan keputusan pendakwaan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, beliau menyatakan keyakinan 2 institusi tersebut tahu apa yang perlu dilakukan selain meminta ianya diselesaikan dengan memegang teguh kepada undang-undang.
"Sebagai ahli Kabinet saya fikir tidak wajar untuk saya memberi komen mengenai isu tersebut.
"Bagaimanapun kita berharap agar 2 institusi ini dapat menyelesaikan isu tersebut sesama mereka sendiri.
"Mereka tahu apa yang mereka buat dan ianya (isu) ini perlu diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas program bengkel pemantauan Ikrar Intergriti Korporat (CIP) di Kuala Lumpur hari ini.
BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan di luar negara sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion).
Ia susulan daripada keengganan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mendakwa 1MDB di mahkamah walaupun kertas siasatan BNM mengesyorkan mereka berbuat demikian.
Selasa lalu Apandi menjelaskan keputusan untuk membersihkan 1MDB yang membuat pengisytiharan tidak tepat berkaitan dengan pelaburan di luar negara.
Peguam negara baharu itu mengatakan BNM tidak mendapatkan maklumat yang cukup untuk menunjukkan 1MDB melanggar undang-undang.
sumber
No comments: